AIR ZAM-ZAM
Telaga Zamzam (atau Zamzam
Well) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di
Makkah(Mecca), hampir dengan Kaabah(Kaaba), tempat paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air
bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat
mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal
daripada ungkapan "zummi-zummi" bermakna"berkumpullah,
berkumpullah" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya
menakung air yang berhamburan keluar.
Sejarah
Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar(Hagar) isteri
kedua Nabi Ibrahim a.s.(Prophet Abraham) dan ibu kepada anak
Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail(Prophet Ishmael). Siti Hajar dan
anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang .
Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk
mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibril(Archangel
Gabriel) untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir
itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis.
Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam
yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga,
mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman
pra Islam.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata
semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup
dengan meminum air zamzam selama sebulan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar