Selama
lebih dari 4.000 tahun, telaga Zam-Zam telah diminum sekian ratus juta manusia
dan ribuan haiwan, namun tidak pernah kering. Padahal air Zam-Zam percuma dapat
diminum sepuasnya ke seluruh penjuru Mekah, tetap mengalir deras tak berhenti.
Suatu keajaiban dan berkat bagi para jamaah haji yang berkunjung ke rumah
Allah.
Dari penelitian yang ada diketahui bahawa air Zam-Zam mengandung
fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam
seolah sudah mengandung ubat.Perbezaan air Zam-Zam
dengan air telaga lain di kota Mekah dan kota lain adalah dalam kuantiti
kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih
banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam menyegarkan bagi jamaah
yang kelelahan. Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi
lumut, padahal di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan
tumbuhan mikroorganisme.
Berapa juta liter air zam-zam yang
diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara ringkas. Jika jemaah haji
yang datang dari seluruh dunia pada setiap musim haji berjumlah lebih kurang
dua juta orang.
Semua
jemaah diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika dua
juta orang membawa pulang masing-masing lima liter air zam-zam ke negaranya,
ini sudah menjadi 10 juta liter.
Di
samping itu sepanjang berada di Mekah, katakan kebanyakan jemaah haji tinggal
selama 25 hari di sana dan setiap orang menghabiskan satu liter sehari. Maka
jumlahnya sudah mencapai 50 juta liter.
Pada
1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah bahawa air
zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya
berdasarkan bahawa kota Mekah itu adalah di bawah garis permukaan laut, air
zam-zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap,
kemudian terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zam-zam.
Berita
itu telah sampai ke pengetahuan Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri
Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar contoh
air zam-zam ke makmal-makmal di Eropah untuk dilakukan uji kaji.
Tariq
Hussain seorang ahli kimia yang bekerja di Institut Peresapan Air Laut untuk
air minuman di Jeddah ditugaskan melakukan penyelidikan.
Pada
awal memulakan tugasnya, Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga zam-zam
boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika
sampai dalam telaga zam-zam, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran
“kolam” telaga itu hanya 18×14 kaki sahaja (kira-kira 5×4 meter).
Tidak
terbayang bagaimana telaga sekecil itu boleh mengeluarkan jutaan gelen air
setiap kali musim haji dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang silam semenjak
zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan
beliau menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11
hingga 18 liter air perdetik dengan demikian setiap minit sejumlah 660 liter
air akan dihasilkan, itulah yang menakjubkan.
Tariq
mula mengukur kedalaman air telaga zam-zam dan meminta pembantunya masuk ke
dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu
pembantunya yang tinggi tubuhnya lima kaki lapan inci.
Kemudian
dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau
saluran paip di dalamnya.
Setelah
memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apa-apa
pun.
Dia
berfikir mungkin air telaga itu diambil dari luar melalui saluran pam
berkapisiti besar. Jika begitu keadaannya maka dia boleh melihat turun naiknya
permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi
dugaannya meleset, Tariq tidak menemui gerakan air yang mencurigakan dan alat
yang dapat mendatangkan air dalam jumlah yang besar.
Seterusnya
dia meminta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan
diam di tempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan
dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil mana pun. Setelah
melakukan proses tersebut dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua
tangannya sambil berteriak: “Alhamdulillah, saya temuinya! Pasir halus
menari-nari di bawah telapak kakiku dan air itu keluar dari dasar telaga.”
Lalu
pembantu Tariq diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba masa
penghisapan air oleh paip air untuk keluar. Dia merasakan bahawa air yang
keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum dipam.
Aliran
air yang keluar sama besarnya di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan
permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Sementara
itu, hasil penyelidikan contoh air zam-zam di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan
air zam-zam mengandungi zat fluorida yang berkesan membunuh kuman seperti sudah
mengandungi ubat.
Perbezaan
air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab
adalah kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu lebih
banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan
jemaah yang keletihan.
Keistimewaan
lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil dan sama dari sejak
terbentuknya telaga itu. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah
haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Nabi
SAW menjelaskan: “Sesungguhnya air zam-zam ini air yang sangat diberkati, ia
adalah makanan yang mengandungi gizi.”
Nabi
SAW menambahkan: “Air zam-zam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika
meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh daripada penyakitmu,
maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu,
maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril,
minuman daripada Allah untuk Ismail.” (riwayat Darulqutni, Ahmad, Ibnu Majah
daripada Ibnu Abbas)
Rasulullah
SAW pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas daripada kulit,
kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air zam-zam itu digunakan Rasulullah
untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam
penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air
zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan
telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah iaitu;
1.
Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain,
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
2.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan
kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3.
Yang menakjubkan lagi, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam. Air
zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan
kering, telaga zam-zam tetap berair. Air zam-zam memang tidak pernah kering
sepanjang zaman.Beberapa ulama fikah mencadangkan agar jemaah haji dan umrah
membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam dapat menjadi
sebagai ubat untuk penyembuhan.
Di sebuah hotel di kota Kuala Lumpur, Malaysia, Dr. Masaru
Emoto dari Universitas Yokohama, Jepun, memaparkan hasil kajiannya mengenai air
yang ditulisnya dalam buku “The True Power of Water.” Sejumlah slide
kristal molekul air dari pelbagai sumber, seperti air dari mata air, sungai,
laut, telaga dll. ditayangkan pada kesempatan itu.
BEBERAPA MOLEKUL AIR YANG
DITELITINYA BERBENTUK TAK TERATUR, KECUALI MOLEKUL AIR ZAM-ZAM. SUSUNAN MOLEKUL
AIR ZAM-ZAM BERSTRUKTUR SANGAT INDAH, TERATUR, CANTIK BAK BERLIAN YANG
BERKILAUAN, DAN MEMANCARKAN LEBIH DARI 12 WARNA JIKA DIBEKUKAN. RANGKAIAN
BENTUK HEKSAGONAL-NYA SANGAT INDAH, CEMERLANG BERKILAU DAN PENUH WARNA KETIKA
DIBACAKAN AYAT YANG MULIA. ADA SATU KRISTAL AIR YANG NAMPAK PALING INDAH DAN
CANTIK, BERBENTUK SEPERTI BUNGA ATAU CAKRA, BAGAIKAN BERTAHTA BERLIAN MUTU
MANIKAM, BERKILAU-KILAU MEMANCARKAN BELASAN WARNA. “MOLEKUL AIR APAKAH INI?”
TANYA MASARU EMOTO. SUASANA MENDADAK SENYAP, HADIRIN NAMPAK TERPENA DAN TAK
TAHU PERSIS KRISTAL MOLEKUL APA GERANGAN. NAMUN TIBA-TIBA SEORANG PENSYARAH
DARI UNIVERSITAS MALAYSIA MENGACUNGKKAN TANGAN, “MUNGKIN ITU ADALAH MOLEKUL AIR
ZAMZAM.” KATANYA.DR. MASARU EMOTO BALIK BERTANYA, “MENGAPA ANDA BERPENDAPAT
BAHWA ITU ADALAH MOLEKUL AIR ZAMZAM?”KATA PENSYARAH ITU, “SEBAB AIR ZAMZAM
ADALAH AIR YANG PALING MULIA DI DUNIA INI, JADI WAJAR KALAU IA MEMILIKI MOLEKUL
BERUPA BERLIAN YANG BERPENDAR INDAH.”TERNYATA DUGAAN PENSYARAH ITU BENAR. ITU
MEMANG AIR ZAMZAM. PENELITIAN DR. MASARU EMOTO TELAH MENUNJUKKAN BAHWA AIR
ZAMZAM MEMILIKI MOLEKUL AIR PALING CANTIK DAN INDAH DI ANTARA AIR LAINNYA.
sumber: http://suhadradzal.blogspot.com/2013/11/rahsia-telaga-zam-zam.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar